Friday, July 2, 2010

HARI KOPERASI & HARI TERBUKA SMK ALAM MEGAH


Pada 1 & 2 Julai yang lalu, syarikat Cash Flow Sdn. Bhd. telah mengadakan jualan sempena hari koperasi dan hari terbuaka sekolah. Sebanyak 15 ahli pemegang telah bekerjasama untuk menjayakan majlis tersebut.

Kami telah menjual pelbagai jenis makanan dan juga barangan lain seperti air coklat malt MOSHA, ice blended, sundae blend, roti sandwich sardin, puding roti, baju kurung, tudung dan gelang kristal.






Pihak Cash Flow Sdn. Bhd. ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMK Alam Megah, Pn Mis Yati bt Dani kerana telah mengizinkan perlaksanaan hari koperasi sekolah. Tidak lupa juga kepada koperasi SMK Alam Megah kerana telah memberi peluang kepada syarikat kami untuk berniaga pada kedua-dua hari tersebut.

Selain itu, ribuan terima kasih kepada Pn Hjh Salamah keranan telah membantu mempelbagaikan produk kami. Seterusnya terima kasih kepada Pn Zulikha dan Pn Laila Manja kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami.

Terima kasih juga kepada semua ahli pemegang saham kerana telah memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama bagi menjayakan jualan tersebut. Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang terlibat.