Kami menjual pelbagai barangan, Antaranya
- Air chocolate malt MOSHA
- Ice Blended
- Sundae Blend
- Aiskrim Malaysia
- Sandwich
- Puding Roti
- Baju Kurung
- Tudung
- Gelang kristal & mutiara
Pada 30 Jun 2010, Majlis Perasmian Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Negeri Selangor 2009 telah diadakan bertempat di Shah Alam Convention Center. Sebanyak 2 orang guru pembimbing, 32 orang pelajar yang terdiri daripada 21 orang ahli usahawan 2009 (syarikat Megah Barokah Sdn. Bhd.) dan 11 orang ahli usahawan 2010. Majlis ini telah dianjurkan oleh pihak PKNS.
Berkat daripada usaha gigih dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh ahli-ahli pemegang saham serta bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan daripada pengetua SMK Alam Megah, Pn Hjh Mis Yati bt. Dani dan guru-guru pembimbing, syarikat Megah Barokah Sdn. Bhd. telah berjaya memenangi anugerah Syarikat Harapan negeri Selangor dan telah mendapat wang sebanyak RM200 beserta sijil.

6 Jun 2010
Para penyokong yang sudi hadir memberikan sokongan
Para pekerja yang telah membantu menjayakan pertandingan tersebut