Pada 30 Jun 2010, Majlis Perasmian Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Negeri Selangor 2009 telah diadakan bertempat di Shah Alam Convention Center. Sebanyak 2 orang guru pembimbing, 32 orang pelajar yang terdiri daripada 21 orang ahli usahawan 2009 (syarikat Megah Barokah Sdn. Bhd.) dan 11 orang ahli usahawan 2010. Majlis ini telah dianjurkan oleh pihak PKNS.----------
Berkat daripada usaha gigih dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh ahli-ahli pemegang saham serta bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan daripada pengetua SMK Alam Megah, Pn Hjh Mis Yati bt. Dani dan guru-guru pembimbing, syarikat Megah Barokah Sdn. Bhd. telah berjaya memenangi anugerah Syarikat Harapan negeri Selangor dan telah mendapat wang sebanyak RM200 beserta sijil.----------
Selain itu, terima kasih juga kepada pihak PKNS kerana telah menjemput sekolah kami untuk turut sama menyertai majlis tersebut. Kami berharap agar majlis tersebut akan diadakan lagi pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment